Merekacipta Kad Raya AidilFitri
10 Jun 2018 | Aktiviti TerkiniSempena Sambutan Hari Raya yang bakal tiba, Pusat Ekonomi Digital Telok Rimba telah mengadakan aktiviti mereka sampul duit raya bersama kanak-kanak di Pusat Ekonomi Digital di mana peserta perlu menggunakan kreativiti mereka dalam menghasilkan kad raya yang kreatif berdasarkan kreativiti masing-masing. Mereka perlu merekacipta Kad Ucapan Hari Raya dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang dicari di internet dan yang diberi oleh staff Pusat Ekonomi Digital Telok Rimba sahaja. Diantara bahan-bahan yang digunakan adalah templat kad raya, kertas berwarna saiz a4, gunting, gam dan juga warna pensel.
Melalui aktiviti ini, peserta dapat menjalan aktiviti dari segi bergaul sesama sendiri, bekerjasama, menepati masa, fokus, kreatif dan inovatif dalam mengolah idea merekacipta kad ucapan hari raya bersempena hari raya. Malah disamping itu juga dapat meraikan suasana hari raya bersama rakan-rakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: